Terdapat banyak sebab kenapa sebuah syarikat melaksanakan corporate exercise. Sebab utamanya ialah utk mendapatkan dana tambahan daripada pemegang saham untuk mengembangkan syarikat. Namun, ada juga syarikat yang melaksanakan corporate exercise untuk menonjolkan imej, ada juga kerana mahu mengelak daripada dikuasai syarikat lain.

Walau apa pun pilihan corporate exercise yang dilakukan syarikat, ia akan memberikan kesan paling tidak pun kepada stock price serta kedudukan pemegang saham di dalam syarikat. Oleh itu, penting untuk memahami kesan setiap corporate exercise agar kita boleh bertindak sewajarnya.

Berikut adalah senarai utk beberapa corporate exercise.

  1. Bonus issue.
  2. Right issue.
  3. Private placement.
  4. Dividend.
  5. Share buyback.
  6. Stock split.
  7. Stock consolidation/reverse stock split.
  8. Acquisition.
  9. Merger.

BONUS ISSUE

Bonus issue ialah apabila syarikat memberikan share tambahan kepada pemegang sahamnya percuma sebagai satu bentuk bonus.

Bagi menghargai dan mengekalkan sokongan pemegang saham kepada syarikat, menjadi kebiasaan untuk syarikat memberikan bonus. Kebiasaannya, bonus diberikan dalam bentuk dividen. Tetapi, adakalanya syarikat nak preserve cash level mereka lalu mereka memilih untuk membayar bonus dalam bentuk share pula.

Walaupun bonus issue menjimatkan cash, ia sebenarnya lebih mendatangkan kos kepada syarikat berbanding membayar dividen. Ini kerana jika pada masa akan datang syarikat nak mengekalkan jumlah dividen per share, ia perlu berbelanja lebih banyak duit disebabkan pertambahan jumlah share di dalam market.

Disebabkan berlaku dilution share dan kebimbangan tentang prestasi pembayaran dividen pada masa akan datang, kebiasaannya bonus issue akan menyebabkan kejatuhan stock price sebelum ia kembali mengikut fundamental syarikat.

RIGHT ISSUE

Right issue ialah apabila syarikat menawarkan pemegang saham untuk membeli saham syarikat pada harga diskaun. Tujuan utama right issue ialah sebab syarikat nak minta suntikan modal tambahan daripada pemegang sahamnya.

Right issue menyebabkan berlaku dilution share di dalam market. Oleh itu, kesan sementara right issue ialah kebiasaannya berlaku kejatuhan stock price. Selain itu, stock price juga boleh jatuh berdasarkan tujuan apa modal tambahan itu mahu digunakan. Jika ia digunakan utk membayar hutang, market mungkin tidak suka dan ini menyebabkan kejatuhan stock price yang lebih besar. Jika ia digunakan untuk projek tertentu yang mempunyai prospek yang baik, market mungkin suka dan ini menyebabkan kejatuhan stock price bersifat sementara.