Margin ni adalah satu fasiliti pinjaman daripada broker nak beli sesuatu saham.

Dalam erti kata lain, seseorang boleh membeli daripada apa yang dia mampu dengan menggunakan leverage yang diberikan oleh broker.

Setiap broker berbeza treshold margin call dan berbeza tempoh pegangan.

Ada dua faktor akan menyebabkan seseorang terpaksa force selling iaitu sama ada berlaku margin call dan dah sampai tempoh.

Contoh. Ahmad beli saham Syarikat A menggunakan margin. Dia beli 100 lot. Setiap lot RM100. Jadi total adalah 10,000. Tapi duit dia ada cuma 8,000.

Jadi dia beli juga guna margin. Broker B menyediakan margin dengan margin call 25% dan maksimum T+7

Ahmad pun beli dengan guna margin (50%) iaitu 5,000 duit sendiri dan 5,000 duit broker.

Andai harga saham jatuh sampai jatuh melebihi 66.67 sen atau RM 66.67 bagi satu lot, broker akan suruh top up pembelian saham agar melebihi margin call atau dia kena jual. kalau tak bagi keputusan, remisier broker tu akan jual secara automatik.

Senario kedua adalah, andai still tak jual saham-saham tu sampai T+7, maka broker tetap akan jual sebab dah sampai tempoh.

Kedua-dua situasi ni dipanggil sebagai force selling

Coretan Whatsapp MFP oleh:

Muhammad Hanif Bin Yahaya


https://www.youtube.com/watch?v=lzMg04UKuj4