Overnight Policy Rate (OPR) atau dalam Bahasa Melayu Kadar Dasar Semalaman. OPR ini dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan dibuat berdasarkan keadaan ekonomi semasa. Apakah impak OPR?

  1. Pengurangan Kadar Faedah (Konvensional) atau Kadar Keuntungan (Perbankan Islam)

Apabila OPR diturunkan, bank juga akan menurunkan Kadar Asas Pinjaman. Ini disebabkan kos pinjaman di antara bank telah berkurang, maka bank juga akan menurunkan kos pinjaman kepada peminjam. Secara automatik, pembayaran bulanan peminjam akan berkurang. Tetapi ia hanya melibatkan pinjaman yang menggunakan kaedah terapung (floating rate)

  1. Pengurangan Inflasi

Apabila pengguna mempunyai lebihan tunai akibat daripada pengurangan kadar faedah / kadar keuntungan, inflasi juga akan berjaya dikurangkan. Kuasa beli pengguna akan meningkat

  1. Sektor Hartanah Dan Automotif Melonjak

Pinjaman akan mudah diluluskan kerana pengguna mempunyai lebihan tunai, sekaligus melonjakkan sektor hartanah dan automotif

Dalam formula ekonomi, OPR akan diturunkan apabila ekonomi sedang meleset manakala akan dinaikkan apabila ekonomi sedang berkembang.

Coretan Facebook MFP oleh

Azharul Adha Bin Dzulkarnain